cara membuat microworm 
Microworm adalah ulat yg bersaiz seni dan sesuai untuk anak-anak ikan yang baru menetas dan sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing. Microworm adalah nematod. Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan akan menghasilkan nematod sebagai makanan ikan mereka. Nematod nie makan makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie betul-betul selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa menjejaskan kesihatan ikan anda.Microworm boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan Microworm Starter. Untuk Microworm Starter anda boleh cari kat mana-mana kedai ikan. Ataupun di www.mudah.my.. Sesetengah kedai menyediakan microworm dalam bentuk doh dan sesetengah dalam bentuk serbuk. Kalau dalam bentuk doh. Microworm boleh dihasilkan terus tapi untuk yang berbentuk serbuk campur sedikit air dan gaul sebelum menghasilkan microworm.
Untuk menghasilkan microworm anda perlu
- Microworm Starter *Yg nie wajib...klu x derr..xderr larr microworm
- Bekas kecil *tempat penghasilan microworm
- Oatmeal
- Serbuk Yis *sebagai mknana utk microworm
- Sedikit air
- Campurkan 7 sudu besar Oatmeal dengan sedikit air ke dalam bekas dan gaul *Jgn terlalu cair ataupun terlalu keras...sedang2..
- Taburkan satu sudu kecil yis dan campur dengan satu sudu Microworm Starter
- Gaulkan campuran tersebut
- Tutup bekas tersebut supaya microworm tidak terkeluar. Tebuk sikit pada penutup tu *supaya campuran tuu sentiasa lembab
- Biarkan selama 2-3 hari. Selepas tempoh nie akan kelihatan microworm merayap disekeliling bekas. Ambil sedikit dan beri pada anak ikan anda.
- Untuk Microworm yg masih dalam keadaan serbuk. Campur sedikit air dan gaul. Biarkan selama sehari sebelum menghasilkan microworm
- Untuk menghasilkan Microworm lagi. Anda perlu ulangi dari awal hingga akhir
- Letakkan pada suhu bilik *pada suhu nie akan terhasil microworm. Microworm akan merayap keluar untuk melarikan diri dari haba nie.. >> tuu sbb pnuh pda sekeliling bkas
- Suhu yang sejuk akan memperlambatkan proses penghasilan microworm
- Microworm yang siap boleh diberi pada anak ikan *microworm nie bentuk putih kecil
- Microworm oleh disimpan selama seminggu *simpan pada suhu bilik
Kebaikan microworm
- sesuai untuk anak ikan kerana saiznya yang kecil
- membantu pembesaran ikan
- makanan hidup yang sesuai untuk ikan laga selepas jentik-jentik
- mudah dihasilkan dan selama untuk ikan


.jpg)







